today i bukak my insta and nampak quotes ni. its sounds like this:
"ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang
maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan,
supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. maka Allah menghalangi mu dari perkara tersebut
agar kamu kembali berharap Kepada-NYA.
(imam syafie)
yes.that is what happen to me. terlalu berharap pada seorang manusia yang aku anggap kawan. yang aku anggap dia pon anggap aku kawan. tapi ternyata tak. kenapa tiba tiba je boleh jadi macamni. aku pon xpaham dan xtau. mungkin aku ni mengingatkan dia pada SESUATU. atau mungkin aku sendiri yang berasa hati. mungkin. mungkin. aku tak suka nak assume. tapi...melihat pada cara dan gaya. haih. ya allah jauhkan lah aku dari semua ni. dia kawan aku. aku nak yang terbaik untuk dia. dia wanita yang tabah pernah aku jumpa. jika benar hati dia dah tertutup untuk berkawan dengan aku atau aku ada buat something yang aku sendiri tak sedar, aku mohon Ya allah supaya kau lapangkan dadanya. dan kau bahagiakan hatinya. semoga dia selalu rasa tenang. aku berharap dan hanya berserah. hanya Kau yang maha kuasa.
bila kita tak rasa kehilangan dimana kita nak tau erti syukur? jika kita tak rasa susah bagaimana kita nak celik mata dan hati. sesungguhnya yang buruk itu adalah dari aku. dan yang baik itu datang dari Allah.